Bahagian 1 : Siri "Revolusi" Mao
Selepas kegagalan polisi Lonjakan Besar Ke Hadapan,
pengaruh Mao dalam keputusan kerajaan mulai dikurangkan dan Mao kekal
sebagai Pemimpin tertinggi Parti Komunis China. Gagalnya polisi ini
akibat daripada ketakutan masyarakat sehingga memalsukan laporan dan
ilmuwan jarang bersuara ekoran Mao sentiasa menganggap kritikan
adalah kontra revolusi yang menjadi punca propaganda tentang kejayaan
lebih penting daripada keberhasilan polisi tersebut. Kritikan
terhadap Mao adalah sesuatu yang cukup berbahaya dan ramai pemimpin
yang dihukum dan diasingkan kerana mengkritik yang juga mengurangkan
legitimasi Mao pada kuasa tertinggi China.
Sekilas kuasa..
Sebaik sahaja Republik China ditubuhkan pada 1911
selepas Dinasti Qing runtuh, yang menandakan berakhirnya dinasti
ribuan tahun di tanah China yang kemudiannya Sun Yat Sen, pengasas
Kuomintang dilantik menjadi Presiden pertama. Parti Komunis China
kemudiannya ditubuhkan di Jiaxing 1921 oleh sekumpulan intelektual
daripada 13 pendiri. Penubuhan Parti ini sendiri diinspirasikan
Revolusi Bolshevik 1917 yang melahirkan Kesatuan Soviet. Memandangkan
Sun Yat Sen membenarkan ahli Parti Komunis menyertai Kuomintang serta
bekerjasama Komintern, mereka menggunakan kelebihan ini untuk menarik
lebih ramai ahli baru. Namun Chiang Kai-shek cukup curiga dengan
Parti Komunis serta pengaruhnya dalam tentera dan KMT yang akhirnya
membawa Peristiwa 12 April 1927 apabila ahli-ahli Parti Komunis
ditangkap, dibunuh dan ada yang melarikan diri, KMT menggunakan keganasan untuk menyingkirkan lawan politik. Parti Komunis
kemudiannya mencuba di desa-desa dimana pemimpin seperti Mao merekrut
kader dan menjadikan masyarakat petani sebagai aset parti. Penduduk desa tertarik pada PKC juga disumbangkan kebencian terhadap KMT yang menindas rakyat. KMT
kemudiannya mengepung Parti Komunis China di Jiangxi untuk
menghapuskan markas PKC, yang mana Mao mengerakkan anggota
PKC(perarakan yang panjang) untuk mencari markas baru yang dimana
ketika inilah permulaan kebangkitan Mao. Namun, perjalanan yang
melalui kawasan pergunungan yang sukar dengan cuaca yang ekstrem yang
mengakibatkan ramai anggota PKC mati sehingga mereka sampai ke
Shaanxi yang mendirikan markas yang bertahan hingga kemenangan 1949
yang membawa pengusiran KMT serta jutaan pegawai dan tentera ke Taiwan.
Walaupun kemenangan Parti Komunis China dianggap
Revolusi, namun masih pegawai dan professional era KMT masih wujud
dengan syarat harus menumpahkan kesetiaan pada PKC. Mao yang kini
menjadi pemimpin tertinggi Republik Rakyat China, menyedari bahawa
negaranya lemah dan hancur akibat peperangan, masyarakat yang miskin
serta kelaparan di banyak daerah. Mao memusatkan pemerintahan Parti
Komunis, mendirikan persatuan untuk melibatkan kelompok sosial lain
dan mula melihat Soviet sebagai model yang sesuai walaupun China
masih lagi berasaskan pertanian berbanding di Soviet. Dan mula
mengadakan perjanjian dengan USSR pada 1950. Tetapi Mao mahu China
menjadi sebuah negara yang kuat dengan landasan idea yang dibawanya;
perjuangan kelas yang kemudiannya menjadi banyak punca kegagalannya.
Untuk membina sebuah negara yang kuat, Mao menstabilkan politik
dengan menyebarkan sebanyak propaganda pro pemerintahan bagi
mengukuhkan legitimasi kekuasaan dan mendiamkan pengkritik yang boleh
memudarkan legitimasi kuasa. Dia terinspirasi daripada
industrialisasi Stalin dengan pembangunan kilang di kota yang mana
Mao mula mengadaptasi dengan situasi desa di China dengan polisi
seperti Lonjakan Besar Ke Hadapan dengan
menginginkan hasil yang diimpikan dan mulai menganggu rantaian
makanan dengan menghapuskan Burung Pipit,Tikus,Lalat dan Nyamuk yang
mengakibatkan tanaman rosak akibat serangga tetapi laporan
pengeluaran mirip di USSR apabila dipalsukan oleh pegawai. Laporan
palsu tetapi kebuluran yang sangat teruk berlaku, rakyat tidak
dibenarkan menyimpan makanan serta bergerak yang mengakibatkan
kematian jutaan orang yang naratif dipegang adalah faktor cuaca yang
merosakkan polisi ini yang digunakan oleh penyokong Mao yang
sebenarnya bukan salah satu faktornya, menarik beberapa tahun yang
lepas laporan kematian akibat polisi ini akhirnya diterbitkan di
China tetapi untuk orang dalaman Parti Komunis sahaja. Pemimpin
yang mengkritik keras seperti Peng Dehuai dipecat. Menariknya, Mao sebenarnya tahu dan terdapat pegawai yang melaporkan tentang kebuluran yang dahsyat tetapi Mao memilih untuk meneruskan eksport makanan kerana kematian dan kebuluran pengorbanan yang harus dihadapi untuk mewujudkan sebuah utopia ditambah faktor cuaca.
Kritikan Nikita Khrushchev pada Stalin(Khrushchev ini anak emas Stalin masih hidup) yang cukup keras dan mengumumkannya sebagai diktaktor menyebabkan Mao mulai memikirkan adakah dirinya berada pada nasib yang sama?Pada awalnya, Mao Zedong mengajak masyarakat untuk memberikan idea dan mengkritik menerusi kempen Ratusan Bunga tetapi kritikan daripada intelektual yang mengkritiknya sukar diterima hingga kempen Anti Rightist dimulakan dengan menyingkirkan intelektual,ahli akademik, wartawan yang kontra dengan pendapatnya dan melabelkan sesiapa sahaja yang berbeza sebagai musuh, memanipulasi idealisme orang muda untuk menghapuskan musuh. Sesiapa sahaja, baik sekutu didapati mengkritik akan dihukum. Mao cepat koyak ke?
Selepas kegagalan polisi,
Mao mengundurkan daripada urusan pentadbiran harian yang diserahkan
kepada Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping yang merupakan pemimpin pragmatik
yang tugasnya memulihkan ekonomi. Kebangkitan sokongan masyarakat terhadap
golongan pragmatik berlaku selepas Mao didapati “salah” malah
pada persidangan 7000 kader 1962, Liu Shaoqi menyebut
70% bencana
akibat tindakan manusia, bukannya alam
Dalam persidangan ini
banyak membicarakan tentang reformasi ekonomi, ramai pemimpin mula mengorak langkah pragmatisme. Mao mula melihat ini
sebagai serangan terhadap dirinya, dan memandangkan dirinya dan
ideanya sudah tidak relevan yang akibat dipudarkan kelompok
pragmatik, Mao mula mengerakkan pergerakan pendidikan sosialis
seluruh negara untuk membersihkan parti, menghalang revisionism yang
kian meningkat serta menyatakan bahawa musuh juga berada didalam
Parti Komunis,yang pada 1966 bermulanya Revolusi Kebudayaan yang
menghapuskan elemen kapitalis dan tradisional dalam masyarakat.
Sebelum itu, terdapat sebuah pementasan drama yang membuatkan Mao
merasakan itu adalah serangan terhadap dirinya iatu Hai Rui
Dilucutkan Jawatan ๆตท็็ฝขๅฎ
yang mana kisahnya tentang Hai Rui di latar masa
dinasti Ming yang dilucutkan jawatan kerana mengkritik Maharaja dan
bercakap benar yang mana masyarakat mulai menafsirkan Hai Rui sebagai
Peng Dehuai dan Maharaja sebagai Mao Zedong. Mao melalui isterinya,
Jiang Qing dan penulis, Yao Wenyuan mula menyerang drama ini sebagai
serangan politik. Kritikan Nikita Krushchev yang keras terhadap
Stalin menyebabkan Mao mulai memikirkan tentang dirinya dan kejutan
mungkinkah jika dia meninggal, orang disekelilingnya akan
menghapuskan jejaknya? Kultus personaliti Mao memang dilahirkan atas
kekagumannya terhadap diri sendiri yang sentiasa “betul”.
Pada 16 Mei 1966, Notis
dikeluarkan pada akhbar People Daily oleh Politburo Parti Komunis
China menyeru massa untuk menghapuskan elemen-elemen borjuis dan
tradisional dan membenarkan keganasan kerana elit borjuis juga wujud
pada parti. Mao melalui Jiang Qing mula menggerakkan pelajar.
Pada
Ogos 1966, bermulanya revolusi budaya apabila gerakan massa bermula apabila Red Guards terbentuk dan
berhimpun di Tiananmen yang Mao juga turun ke khayalak ramai dan
beritahu golongan muda ni untuk hapuskan 4 perkara lama;
Idea lama
Budaya lama
Tabiat lama
Adat lama
Keempat-empat ini
kemudiannya diimplementasikan dalam keganasan memandangkan Mao
menganggap keganasan itu perlu dan betul, dengan membakar buku,
menyerang professor mengajar cara lama,serang kedai
tradisional,larang perayaan tradisional, yang juga menyerang pemimpin
seperti Liu Shaoqi dan Deng Xiaoping serta keluarga mereka. Anak
lelaki sulung Deng Xiaoping juga mengalami kecederaan yang teruk. Ini adalah serangan Mao pada parti. Chen Boda, antara penulis sebenar Buku Merah Kecil dan kebanyakan karya atas nama Mao, juga dihukum walaupun dirinya yang mencipta watak Mao Zedong sebagai "intelektual" dan "genius" dengan karya teori dan risalah seperti On Practice dan On Contradiction, kedua-dua karya ini adalah justifikasi dan legitimasi kuasa Mao yang penulisannya bukan daripada Mao tetapi pasukan propaganda dan Chen Boda. Mao menyedari kuasa yang dimiliki Chen Boda kerana Chen Boda lah yang mencipta dirinya, dan semestinya Chen Boda boleh menggunakan watak tersebut untuk tujuan yang lain, tambahan dirinya rapat dengan Lin Biao yang diisytihar pengkhianat negara walaupun ditunjuk sebagai pengganti Mao yang mana Mao sendiri tidak suka dengan idea "pengganti". Chen Boda dipecat dan namanya hampir lenyap.
Patung-patung sejarah dimusnahkan, ada yang dirosakkan. Hukuman
“rakyat” seperti menampar,menendang dan menumbuk serta memalukan
dikhalayak ramai. Revolusi ini memberi kesan yang teruk apabila
ekonomi terjejas. Red Guards ini dilindungi Mao secara politik. Ini dianggap serangan Mao terhadap Partinya sendiri dengan menggunakan massa. Mao
bangkit semula sebagai pemimpin tertinggi, Liu Shaoqi ditahan, Deng
Xiaoping dipecat dan dihantar ke kilang untuk “belajar bergaul
dengan rakyat”. Walaubagaimanapun, kekacauan semakin teruk bahkan sekutu Mao juga diserang. Tahukah anda ayah Xi Jinping adalah mangsa Revolusi Kebudayaan ini dan Xi sendiri menghadapi masa remaja yang sukar dimana keluarganya dipulaukan dan dimalukan. Apa yang tinggal di sekeliling Mao adalah Yes Man dan pengikut tanpa soal. Mao kemudiannya menerusi Tentera
untuk memulihkan dan mengawal suasana. Red Guards mula dibubarkan dan
dihantar ke desa.
Mao menerusi kumpulan propagandis iaitu 4 Serangkai mengawal budaya,media dan
serangan politik. Deng yang kini diasingkan cuba kembali, namun
dihalang dan hanya dibenarkan berkuasa pad 1973 secara terhad sebagai
timbalan perdana menteri sehinggalah Mao meninggal dunia pada 1976 dan Hua
Guofeng menggantikan Mao, 4 Serangkai masih mengawal politik dan
media dengan mengkritik Hua dan sekutu lama Mao. Dalam diam, Hua
Guofeng dan Wang Dongxing (ketua pengawal Mao) merancang agar 4
serangkai tidak boleh melarikan diri yang sebulan kemudian pada
Oktober 1976, 4 serangkai ditangkap dan dihukum.
4 Serangkai terdiri
daripada;
Deng, yang kembali secara
terhad pada 1973 dan menguruskan pentadbiran ekonomi sejak 1975
kemudiannya dilantik penuh sebagai Pemimpin Parti dan Pemimpin De
Facto Republik Rakyat China. Deng sendiri cukup merasakan dikhianati
oleh Mao selepas dirinya dihukum oleh Mao dan cukup emosional dengan
Revolusi Kebudayaan selepas setia 40 tahun pada Mao. Dirinya banyak
belajar daripada lawatan ke Amerika Syarikat dan Singapura dan kini
mempunyai satu tugas: memodenkan China selepas menyedari China cukup
tertinggal dan merupakan antara negara termiskin di dunia.
Pemodenan China bermula
daripada pelbagai fasa dan menariknya Deng kerapkali menyebutkan
tentang kemajuan Sains dan Teknologi. Sekolah dan Universiti dibuka
kembali,dan memulakan dasar pragmatik yang berbeza daripada
pendekatan Mao yang mana kini Deng mengkritik kesilapan Mao.
Reformasi ekonomi fokus
pada pertanian,perdagangan dan perindustrian dimana sektor seperti
pertanian, perindustrian, pendidikan, pertahanan serta Sains dan
Teknologi menjadi fokus pembangunan.
Institusi pendidikan
tinggi dibangunkan, manakala pelaburan asing dibenarkan dan Zon
istimewa ekonomi diwujudkan serta politik mulai distabilkan yang mengakhiri polisi isolasi (Mao sebelumnya mula menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat menerusi lawatan diplomatik Henry Kissinger ke negara itu) . Deng pernah melawat Wall Street dan model yang serupa diadaptasi ke China, Shenzhen yang asalnya sebuah perkampungan kini merupakan Silicon Valley China yang melahirkan banyak syarikat dan firma swasta, hartawan yang sangat bertentangan dengan idea Mao Zedong. Malah pada persidangan 1981, Parti Komunis menyebut Mao Zedong betul sebelum 1957 dan banyak melakukan kesilapan selepas tahun tersebut dan versi yang ini ditulis dan disemak berulang oleh Deng dan mungkin mengandungi kritikan yang cukup keras dan tajam pada legasi yang ditinggalkan Mao Zedong dan mungkin mempersoalkan sendiri legitimasi Parti Komunis China untuk berkuasa. Parti Komunis China mula menjenamakan China sebagai Sosialisme dengan Perwatakan Cina sebagai penjenamaan baru memandangkan ahli politik Parti Komunis China juga ahli politik yang tidak mahu kehilangan kuasa, dan menolak Mao sama seperti menolak keseluruhan Parti Komunis China yang mana hari ini, Mao Zedong hanyalah dianggap ritual oleh Parti dan idea-idea serta polisinya ditolak oleh kepimpinan dan realiti di China hari ini bahkan Xi Jinping yang lahir sebagai produk trauma dari Revolusi Budaya memilih bukan pergerakan massa melainkan sistematik untuk menyingkirkan lawan dalam parti. Walaubagaimanapun, reformasi Deng hanyalah reformasi ekonomi dan kejadian Tiananmen 1989 menyebabkan pemimpin seperti Zhao Ziyang yang bersedia untuk perubahan dan dialog dihukum dan dilarang bersuara sehingga mati.
Semuanya tentang kuasa. Rejim demi rejim mengajarkan ramai pemimpin di China bahkan Xi bahawa pemimpin yang baik sentiasa disingkirkan dan pemimpin yang zalim kekal berkuasa baik era Dinasti Qing, Kuomintang hinggalah Komunis dan tekanan adalah alat menstabilkan lawan.
Bersambung di bahagian 2 : Fasa Pembangunan.