Kalau anda banyak ikuti penulisan tak pun wacana sesetengah kelompok tak kisahlah kat mana pun, ayat "Melayu feudal" mesti tak lekang, yelah kita ni mewarisi psikologi feudal yang susah diubah sebab dah berakar umbi katanya. Jadi perjuangan diorang sebenarnya untuk membebaskan kita daripada feudal tu. Walaweh. Tetapi persoalannya feudalisme tu apa? Sebab macam cheese atau matcha, sekarang semua di feudalism-kan sampai kita pun hairan feudalisme ni apa benda? Dalam buku yang merupakan tesis Phd pengkaji sejarah, Dr Azmi Ariffin sedang mengorek sedalam mungkin apa itu feudalisme dan kenapa, bagaimana dikaitkan dengan sejarah Melayu yang bakal buat pembaca yang dah ada tafsiran feudalisme tak selesa. Buku ini ada diskaun di kedai buku DBP Sarawak!
Buku ini mungkin menggegarkan selepas idea feudalisme yang mungkin selama berdekad dianggap tak tercabar dan utuh itu dinilai secara mendalam dengan menolak kacamata penjajah yang menguasai makna feudalisme ni.
Pada bab pertama penulis merungkai makna feudalisme yang berasal daripada Eropah dan feudalisme tu sendiri sebuah sistem naungan yang kalau tengok struktur dia, takde pun struktur yang sama kat sejarah tanah air tapi penulis huraikan daripada zaman Eropah secara mendalam tentang sistem feudal itu yang mana perkembangan kat sana menyebabkan sistem feudal ni tak lagi berfungsi dan kat Perancis pulak dijadikan label untuk apa-apa sahaja yang dianggap anti sains dan banyak lagi dan menjadi label politik untuk lawan.
Ada beberapa huraian yang panjang penulis pasal struktur feudalisme di Britain,Perancis,Jerman, Asia kemudiannya membandingkan dengan di apa yang berlaku kat tanah air kita yang mendedahkan sebenarnya feudalisme itu tak wujud langsung di negara ini kalau diorang ikut definisi konteks kat eropah dan bukannya definisi yang kabur contohnya apa-apa sahaja dikaitkan dengan feudalisme bahkan wujudnya terma psikologi feudal seolah-olah sifat alami yang secara tak langsung membenarkan penjajahan kuasa asing sebabnya ikut skrip diorang ;
Primitif->Feudal->ModenJadi diorang kena ada sebab nak jajah yang menyebabkan penulis-penulis kolonial menegaskan masyarakat Melayu ni feudal, mundur yang memandangkan ikut skrip diorang tadi, diorang tengah membawa Melayu ke fasa moden. Disebabkan British ni ada sikap angkuh semata-mata industri dulu dia claim paling bijak kat bumi lol (serius!) dan gunakan teori sosial Darwin (berbeza daripada teori evolusi Darwin yang sebenar sebabnya pencetus teori sosial Darwin ni, Herbert Spencer petik ayat hujung buku The Origin of Species ikut kepala dia untuk menghalalkan imperialisme yang bertentangan dengam teori Darwin) sebabnya kelompok selain British dan orang Eropah ni masih belum berevolusi dan mundur yang mana diorang ada beban sebagai umat manusia untuk memajukan diorang dan orang selain Eropah/British ni ibarat orang yang tengah tunggu skrip daripada British. Delulu gila diorang 😭.
Tambahan kaca mata Marxis yang merebak akhirnya dianuti hampir majoriti intelektual berhaluan kiri di Malaysia termasuk nama besar yang secara tak sengaja mengulang rekaan kolonial yang diorang lawan.
Kenapa benda feudalisme ni penting? Sebabnya dia sangatlah besar daripada zaman Tuah vs Jebat, zaman Tun Mutahir kena hukum, punca kejatuhan Melaka, kemunduran Melayu, sampailah sekarang weh! Kira benda ni tak settle dari dulu dimana sebab orang kita feudal, jadi kita yang bersalah dan kau lahir - lahir sebagai Melayu terus feudal, benda tu dah diaturcara dalam kita punya DNA.Tapi pernah tak kita rasa benda tu betul? Hujah penulis adalah: Feudalisme itu tak wujud dalam masyarakat Melayu sebabnya budaya timbal balik wujud secara sejagat bukannya ciri khas plus tiada bukti struktur serupa wujud tapi benda tak wujud ini dianggap gejala yang sampai sekarang ada heronya, jadi kalau benda tu tak wujud diorang berjuang untuk apa? Malahan penulis juga membidas golongan yang masih menjadikan feudalisme seakan wujud ini sebabnya diorang ada yang ahli politik jadi ada agenda disitu.
Ini tidak, budaya nepo,kronisme,bodek⇨Cakap "Ni warisan feudal!" (Padahal budaya membodek, kronisme, dan nepotisme ni ada kat mana-mana korporat moden di Wall Street mahupun Silicon Valley hatta zaman bubble economy kat Jepun, tak payah jadi Melayu pun korang hari-hari dengar. Jadi semua orang feudal. Gitu?
Buku ni sebenarnya satu usaha Dekolonisasi Sejarah. Beliau bukan nak pertahankan kezaliman mana-mana pembesar zaman dulu (sebab kezaliman individu memang wujud di mana-mana), tapi beliau nak betulkan istilah dan struktur yang disalah-erti. Kalau strukturnya tak wujud, maka naratif "Melayu mundur sebab sistem feudal" adalah mitos politik semata-mata dan bukan salah kita lahir sebagai Melayu terus dianggap takleh ubah kecuali revolusi.
Selain cerita feudal, banyak sebenarnya kajian Dr Azmi Ariffin yang anda boleh baca contohnya kejatuhan Melaka, sejarah kemerdekaan dan banyak isu sejarah yang beliau aktif di media sosial menerusi TikTok, Facebook dan Youtube yang anda boleh layari;
Tiktok : @azmiarifinusm
FB : Azmi Arifin
| Pemilikan | Jumlah Pemilikan | Peratus |
| Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah | 279.6 | 4.3 |
| Bukan Bumiputera | 2233.2 | 34.0 |
| Warganegara Asing | 4051.3 | 61.7 |
Di usia remajanya,dia menggemari muzik rock dan jazz yang ketika itu The Beatles adalah sebuah fenomena yang mana kemudiannya Vangelis menubuhkan kumpulan muzik The Forminx yang dijoloki 'The Beatles Yunani' namun tidak lama kemudian dibubarkan ekoran salah seorang ahli harus mengikuti latihan tentera dan beberapa waktu selepas kudeta 1968 di Yunani,Vangelis dan beberapa rakannya mengemaskan barangan untuk menuju ke London namun mereka terkandas di Paris akibat masalah visa dan mahu tak mahu mereka terpaksa tinggal disini dan Vangelis mula menulis skor filem dan juga melalui Aphrodite Child yang ditubuhkan, dia meneruskan berkarya dalam genre rock progresif namun suatu ketika Vangelis pernah menyebut pengalaman ketika penghasilan album 666 dalam kumpulan Aphrodite Child adalah masa yang menyakitkan.
Simpanannya untuk membuat sebuah 'makmal muzik' telah mencukupi dan akhirnya berjaya mengatakan tujuan asal:London dan menubuhkan studio muzik yang terkenal-Studio Nemo dengan peralatan dan instrumen yang ditambah seiring pertambahan instrumen baru. Disini Vangelis lahir sebagai Vangelis. Vangelis kemudiannya mula membikin karya seperti China dimana dia memainkan kesemua alat muzik. Disini juga lahirnya karya Chariots of Fire yang memenangi Anugerah Oscar-yang kemudiannya disertai kritikan beberapa ahli muzik terhadap muzik baharu yang menggunakan papan elektronik. Vangelis juga pernah berhadapan dengan tuntutan hak cipta untuk karya ini namun dia memenanginya. Chariots of Fire juga merupakan karya terakhir instrumental yang berada di tangga pertama dalam carta Billboard (sebelum pop menjajah)
Dirinya sangat sinonim dengan Yamaha CS 80 malahan mungkin populariti CS 80 dilonjakkan oleh pemuzik Yunani ini yang memiliki sekurangnya 7 unit CS 80! Filem futuristik,Blade Runner menaikkan namanya yang bukan semata-mata one hit wonder sebaliknya pemuzik yang ekspresif!
Karya yang menjadi siulan hingga kini- Conquest of Paradise merupakan kolaborasi dengan pengarah filem Ridley Scott untuk sebuah filem yang agak hambar- 1492 namun penggunaan pada sukan seperti tinju dan kemenangan pilihanraya melonjakkan jualan album ini.
Vangelis seorang yang membawa Hellenism dalam muziknya dan ini pernah dijelaskan oleh Vangelis mengapa muzik tradisional berbeza daripada muzik moden bahkan matlamatnya juga berbeza memandang Vangelis seorang yang sangat tidak selesa dengan sesuatu yang digelar komersial. Malahan pengalaman buruk baik di sekolah muzik, di Aphrodite Child dibawa ekoran dirinya membawa jalur platonisme dalam muzik sebagaimana pendapatnya muzik adalah sesuatu yang wujud semulajadi dan bukan tentang siapa malahan dirinya jarang menghadiri sebarang anugerah dimana dia pemenangnya. Dan Vangelis juga pernah ditemubual dipaksakan untuk berfikir sebagaimana penemu bual berfikir sewaktu di Perancis dalam siaran langsung yang sudah tentu menyebabkan ketidakselesaan.
Minatnya terhadap dunia angkasa lepas membawa inspirasi kepada kebanyakan karyanya dan beberapa kali berkolaborasi dengan agensi angkasa lepas.
Muzik elektronik mula mendapat tempat dan ramai mula mengikuti langkah yang sama bagaimana tokoh Yunani ini mencipta muzik dan synthesizer mula menjadi barangan panas hingga kini,kelahiran genre muzik yang berasaskan elektronik meningkatkan permintaan untuk muzik elektronik dan digital !
Meskipun digelar "Godfather of electronic music" di dunia Barat namun berbeza di negara kelahirannya,Yunani yang hingga kini dalam fasa yang sememangnya melambangkan runtuhan Acropolis meninggalkan sisa-sisa tamadun masa lalu, Vangelis tidak dihargai di negaranya bahkan televisyen menurut warga marhaen menyebut semacam ada masalah antara kerajaan dan Vangelis yang merantau.
Dia meninggal dunia pada 17 Mei 2022 di Perancis akibat kegagalan jantung berpunca daripada COVID-19.
| PlayStore Books |
right person, wrong time
Terdapat persoalan yang menarik untuk diceritakan disini tentang tubuh kita. Adakah kita memiliki tubuh badan kita? Tubuh kita mempunyai anatomi yang kompleks dan mempunyai sistem yang merespons dengan tindakan kita. Misalnya, sekiranya saya terjatuh dan kulit kaki saya terluka, sel kulit akan merespons melalui proses mitosis dimana sel akan membaiki dirinya dengan cukup cepat. Sel pula terdiri daripada komponen yang turutannya mengecil iatu nukleus,kromosom,DNA dan gen. Yang menariknya gen membawa maklumat yang cukup padat yang diwariskan.
Secara umumnya, badan kita bertindak balas ke atas pilihan yang kita lakukan dengan gaya hidup harian kita dimana hidup kita adalah tertakluk kepada sebab-akibat tetapi persoalannya disini adakah tubuh kita setuju dengan pilihan kita? Contoh jika Si A kerap mengamalkan gaya hidup bebas tetapi akhirnya mendapat akibat iatu penyakit. Jadi persoalannya disini adakah kita benar-benar memiliki jasad kita? Lihat bagaimana tubuh merespons pilihan kita yang adakah menjadi sebab kesihatan adalah sangat penting? Dan menariknya, anggota badan kita akan menjadi saksi apa yang kita lakukan yang juga menjadi sebab kenapa tubuh adalah amanah yang harus dijaga. Untuk rujukan segera,lihat;
Abu
membeli 2 pasang baju kurung dan sepasang baju Melayu dan membayar RM
240. Keesokan harinya Ali membeli 2 pasang baju kurung dan 2 pasang
baju Melayu dan membayar RM 300. Berapakah harga sepasang baju kurung
dan sepasang baju Melayu?
Pertama kita harus kumpul maklumat-maklumat iatu pembelian Abu dan Amir.
Abu beli : 2 pasang baju kurung, 1 baju Melayu = RM 240
Ali beli : 2 pasang baju kurung, 2 baju Melayu = RM300
Pemerhatian: Ali bayar lebih kerana mempunyai lebih satu baju Melayu berbanding Abu.
Untuk kes ini kita ringkaskan dahulu menggunakan pembolehubah \(k\) untuk baju kurung dan \(m\) untuk baju Melayu dimana ungkapannya;
\[2k+m= 240\]
\[2k+2m=300\]
Lihat bagaimana persamaan ini kita dapati yang kedua berbeza daripada yang pertama. Kenapa berbeza?Sebab yang kedua ada lebih satu baju Melayu!
Jadi harus mencari beza dimana yang baju Melayu terlebih tersebut.
\[(2k + m)- (2k+2m) = -m\]
\[-m=240-300\]
\[m= 60\]
kenapa \(m\) jadi 60 bukannya \(k\)? sebabnya ungkapan pertama terdapat satu pasang, ungkapan 2 ada 2 pasang dan bayaran lebih itulah harga sepasang baju Melayu.
Sekarang kita sudah mendapatkan nilai \(m\)yang memudahkan pencarian nilai k dimana kita masukkan nilai \(m\) dalam ungkapan 1 dimana;
\[2k+60=240\]<--- jadi disini kita akan seimbangkan.
\[2k= 240-60\]
\[2k= \frac {180}{2}\]
\[k= 90\]
Maka, 1 pasang baju Melayu RM 60, 1 pasang baju kurung RM90.
Menariknya penggunaan huruf sebagai pembolehubah mungkin menyebabkan pelajar mengalami kesukaran , jika kita gunakan emoji sebagai pembolehubah, majoriti boleh meneka harga sepasang baju melayu dan baju kurung.
🟢🟢+ 🔴=240
🟢🟢+🔴🔴=300