Masalah "orang lain bodoh , saya tidak"
Baik perhatikan pernyataan dibawah yang akan menjadi subjek;
Bukan aku. Majoriti Melayu macam tu.
"Bukan aku"= Aku berbeza
Confirmation bias menyebabkan individu hanya mencari maklumat yang sesuai dengan pilihannya seperti menonton saluran berita yang menyokong pendapatnya, membaca portal yang menyokong pendapatnya dan hanya mengikuti individu yang sependapat dengannya serta memasuki kumpulan yang satu pendapat dengannya. Kenapa? Bias ini terjadi kerana otak kita lebih mudah menerima maklumat yang mengesahkan pandangan sedia ada, mengurangkan kebolehan untuk objektif dalam membuat keputusan.
" Majoriti Melayu"
Akibat in group bias, individu dalam kumpulan yang sama tadi menyebabkan kumpulannya lebih unggul ekoran dalam otak sistem sosial dan kepercayaan kognitif boleh mempengaruhi penilaian kita terhadap orang luar (out-group) sebagai kurang bijak atau salah. Memandangkan majoriti orang Melayu tidak percaya kepada konsep luar maka minoriti Melayu sudah semestinya "unggul" menurut dirinya. Namun, keluar daripada dunia teks dan siber, bukankah majoriti Melayu itu ibunya, bapanya, adiknya, gurunya,nelayan,doktor, aktivis kegemarannya, crushnya(eh). Wow tetapi ini ekoran pusat emosi dalam otak (misalnya amygdala) memainkan peranan dalam membuat keputusan, menyebabkan kita lebih cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan perasaan daripada logik.
"macam itu"
Berbalik bahawa "macam itu" merujuk perbuatan atau pemikiran Melayu yang menurutnya "eww erghh" ekoran kesan halo menyebabkan kita hanya menilai hal yang negatif dan kemudiannya menafikan ciri lain yang membawa kepada kesan dunning-kruger. Bahagian otak yang terlibat dalam penilaian diri (spt prefrontal cortex) boleh memberikan rasa yakin yang berlebihan, walaupun kurangnya pengetahuan mendalam misalnya ketika kolumnis mengatakan bangsa sekian adalah pembayar cukai tertinggi meskipun statistik menunjukkan Bumiputera adalah pembayar cukai tertinggi. Bias yang menderet-deret menyebabkan kita selesa dalam keadaan bukan "macam itu". Semua perkara boleh dibingkaikan misalnya ABC boleh membingkaikan kebankrapan kedai runcit Pak Cik Abu sebagai " Melayu feudal".
Dirangkumkan, semuanya hanyalah sebatas persepsi selektif dan meskipun beribu perkara tentang Melayu yang boleh dibaca baik gunakan data sebagai bayaran ataupun wang sudah tentu ditolak kerana cognitive dissonance menyebabkan individu berasa kurang selesa apabila dihadapkan dan disajikan kenduri fakta yang bertentangan dengan "Bukan aku. Majoriti Melayu macam itu", samaada menerima atau mencari maklumat yang akan menjadi perisainya. Lebih banyak akan digali daripada guru yang merubah pemikirannya, baik akaun Twitter, kolumnis mahupun sesiapa sahaja.
Test lol
BalasPadam