Cuba main Menara Hanoi
Saya beberapa waktu ini mencuba bermain permainan klasik dalam Matematik iaitu Menara Hanoi dimana sangat memerlukan kesabaran, dan ketelitian! Macam mana permainan menara Hanoi ni? Dalam permainan ni, terdapat 3 menara dan tugas pemain adalah menyusun cakera daripada terbesar kepada terkecil, peraturan dalam permainan ini adalah;
Cakera bersaiz besar tidak boleh menimpa cakera bersaiz kecil
Hanya satu pergerakan dibenarkan setiap menara(paling atas)
Cakera ini kita akan pindahkan daripada menara asal ke menara destinasi.
Menara yang ditengah-tengah tu menara bantuan.
Sepanjang yang saya perhatikan, semakin banyak cakera, semakin banyak pergerakan diperlukan untuk menyusun cakera mengikut urutan jadi memang cakera terbesar kepada terkecil ikut peraturan tadi kata cakera bersaiz besar tidak boleh diletakkan cakera bersaiz kecil.
Untuk menghitung pergerakan minimum setiap set, boleh kira dengan formula ringkas ni;
2 nilai malar(tetap), n itu kira pembolehubah(yg boleh berubah-ubah) jumlah cakera kita kemudian ditolak 1. Lihat macam dibawah.
Jumlah cakera ada tiga jadi=
2^3-1
8-1
=7
Jadi pergerakan minimum dia adalah 7. Tapi kadangkala yang tak ikut pergerakan minimum akan buat sampai siap tak kisah berapa banyak pergerakan dan masa dia! Sampai jadi🗿
Selepas bermain permainan ini, saya menjadi lebih teliti dalam menyelesaikan masalah misalnya melakukan satu persatu tugasan (komponen) dalam bereksperimen dengan serverless computing oleh Cloudflare. Setiap masalah semestinya ada penyelesaiannya jika anda melihat daripada sudut teknikal juga dan memecahkan komponen - komponen kecil untuk mengenalpasti masalah yang sebenarnya, itu berlaku pada semua bidang dan kehidupan seharian juga.
Ulasan
Catat Ulasan